Renungilah firman Allah S.W.t dalam surah Toha, ayat ke 124 :
"Dan sesiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan akan kami himpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta".
Antara contoh budaya songsang dan dilarang oleh Islam yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah sambutan hari kekasih (Valentine's Day) pada 14 Febuari setiap tahun, gay, lesbian, punk, skinhead, black metal, seks bebas minum arak, lumba haram, berjudi dan sebagainya. Semua budaya songsang ini adalah serpihan amalan jahiliah yang membawa kepada kehancuran umat dan kemurkaan Allah S.W.T.
Pesan Imam Al-Ghazali : " Apabila kamu melakukan maksiat, Ingatlah bahawa kamu melakukan dengan anggota tubuhmu yang merupakan kurniaan Allah. Ini bermakna kamu telah menyalahgunakan nikmatNya dan khianat terhadap amanah yang diberikan. Ketahuilah bahawa semua anggotamu akan bersaksi di atas segala perlakuanmu di dunia sewaktu di Padang Mashyar kelak".
Antara kaedah untuk mengelak diri daripada terjebak dengan budaya songsang ialah :
Ø
Ø
Ø
Ø
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.