CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 26 Oktober 2009

PEMBUKA LORONG KEPADA NERAKA

Allah SWT mengingatkan mengenai kejayaan sebenar seorang hamba iaitu apabila ia telah selamat dari azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Yang bermaksud : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali Imran, ayat 185)

Ayat ini jelas menyatakan bahawa kejayaan yang sebenar bukanlah apabila seseorang itu mendapat harta yang bertimbun-timbun, tidak juga apabila memenangi pilihan raya, dan apa jua kemegahan yang manusia dambakan di dunia. Tetapi kejayaan yang sebenar ialah apabila manusia dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan sekali gus melayakkan diri untuk menghuni syurga Allah SWT. Inilah kejayaan yang besar. Sesungguhnya kejayaan inilah yang benar-benar didambakan oleh manusia apabila tibanya mereka di hadapan Allah SWT.

Sesungguhnya akan tiba juga saat di mana penghuni neraka akan mengemis setitis air daripada penghuni syurga yang barangkali penghuni syurga inilah golongan yang sering kali mereka tindas dan keji ketika berada di dunia. Firman Allah SWT :

وَنَادَى أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ

Yang bermaksud : "Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: " limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang Telah dirizkikan Allah kepadamu". mereka (penghuni surga) menjawab: "Sesungguhnya Allah Telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir." (Surah al-A’raf: 50)

Lantas apakah sebab-sebab yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka. Ketahuilah, sesungguhnya penghuni neraka itu terbahagi kepada dua golongan yang memasuki neraka kerana sebab-sebabnya yang tersendiri. Kategori pertama ialah mereka yang akan menghuni neraka buat selama-lamanya. Mereka ialah :

  1. Orang-orang yang syirik kepada Allah SWT samada dari sudut uluhiyah, rububiyah atau sifat. Tidak ada ruang kemaafan bagi golongan seperti ini apabila berdepan dengan Allah SWT. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT :

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun." (Surah al-Maidah, ayat 72)

  1. Kufur sama ada kepada Allah SWT, malaikat, para rasul, hari kiamat, kitab-kitab Allah atau qadha’ dan qadr daripada Allah SWT. Mengkufurkan salah satu daripada perkara-perkara ini dianggap sebagai menolak satu satu asas iman. Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا* أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. kami Telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan." (Surah an-Nisa’, ayat 150-151)

  1. Mengingkari kefardhuan salah satu daripada rukun-rukun Islam dengan menyatakan bahawa ia tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Demikian juga dengan mengingkari pengharaman perkara-perkara yang jelas haram melalui nas yang sahih serta ijma’ muslimin seperti mengingkari pengharaman zina, arak, mencuri dan sebagainya. Mengingkari kefardhuan dan pengharaman yang jelas ini boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam. Namun sekiranya ia mengingkari dengan sebab kejahilannya semata-mata, ia masih belum dikategorikan sebagai keluar daripada Islam.
  2. Pempermainkan ketetapan atau apa jua yang berkaitan dengan Allah SWT samada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Pelakuan ini boleh menyebabkan tergelincirnya aqidah dan menjadi pelorong untuk terjun selama-lamanya di dalam neraka. Firman Allah SWT :

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ* لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

Yang bermaksud : "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, Karena kamu kafir sesudah beriman. jika kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (Surah at-Taubah, ayat 65-66)

  1. Mencela Allah SWT, agama yang diturunkanNya atau nabiNya. Samada ia dilakukan dengan iktikad atau hanya sekadar permainan kata sahaja, ia tetap dikira sebagai satu dosa yang besar. Bahkan menyebabkan orang lain mencela Allah SWT pun ditegah apatah lagi sekiranya diri sendiri yang mencela. Firman Allah SWT

وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Yang bermaksud : "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan." (Surah al-An’am, ayat 108)

  1. Menghukum dengan selain daripada hukum Allah dengan keyakinan bahawa hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah SWT. Firman Allah :

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Yang bermaksud : "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah, ayat 44)

Adapun golongan yang tidak berhukum dengan hukum Allah kerana kejahilan atau kepentingan tertentu dengan tetap yakin bahawa hukum Allah jualah yang terbaik tidaklah tergolong sebagai golongan yang terkeluar daripada Islam. Namun ia tidak dimasukkan ke dalam golongan fasik atau zalim berdasarkan firman Allah dalam dua ayat selepasnya.

  1. Orang-orang munafik iaitu yang menzahirkan Islam tetapi kufur di dalam hati mereka. Golongan ini lebih merbahaya daripada orang-orang kafir itu sendiri. Firman Allah SWT :

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka."

Demikianlah sebahagian golongan yang akan menghuni neraka selama-lamanya. Manakala kategori kedua pula ialah golongan yang menghuni neraka dengan sementara. Mereka ini ialah orang-orang Islam yang sempurna akidahnya tetapi bergelumang dengan dosa-dosa yang tidak diampunkan melainkan perlu dihukum di dalam neraka terlebih dahulu. Tempoh masa menjalani hukuman tersebut hanya diketahui oleh Allah SWT. Walaupun hanya sementara, tetapi hukuman ini tetap merupakan satu hukuman yang berat dan menyiksakan. Di antara golongan yang disebut sebagai penghuni neraka sementara itu ialah :

  1. Penderhaka kepada kedua ibubapa. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari berbunyi :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْكَبَائِرُ قَالَ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ قَالَ ثُمَّ مَاذَا قَالَ ثُمَّ عُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ

Yang bermaksud : "Daripada Abdullah bin Umar RA berkata datang seorang badwi kepada Nabi SAW lalu bertanya, wahai Rasulullah, apakah dia dosa-dosa besar? Rasulullah SAW menjawab, syirik kepada Allah. Dia bertanya lagi, kemudian apa? Rasulullah SAW menjawab, menderhakai kedua ibubapa." (Hadis riwayat Bukhari)

  1. Memutuskan hubungan silaturrahm. Ini juga dianggap sebagai dosa yang serius kerana boleh mengakibatkan hururara yang berpanjangan di dalam masyarakat. Nabi SAW bersabda :

لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعٌ

Yang bermaksud : "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silatturahm)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah SWT juga berfirman :

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ* أُولَئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَى أَبْصَارَهُمْ

Yang bermaksud : "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka Itulah orang-orang yang dila'nati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka." (Surah Muhammad: 22-23)

Kadang-kadang ada di antara individu masyarakat yang hanya akan menyambung hubungan silaturrahm dengan orang yang berusaha menyambungkannya dengan mereka. Jila tiada inisiatif dari orang lain, maka dia sendiri tidak akan bergerak untuk memulakannya. Ini adalah satu sikap yang salah. Rasulullah SAW bersabda :

لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنْ الْوَاصِلُ الَّذِي إِذَا قُطِعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

Yang bermaksud : "Tidaklah yang menyambungkan silaturrahm itu orang-orang yang merasa cukup dengan apa yang ada, tetapi yang menyambungkan itu ialah orang-orang yang apabila terputus hubungan, akan berusaha menyambungkannya." (Riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ahmad)

  1. Memakan riba yang dianggap satu perang kepada Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT :

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Yang bermaksud : "Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." (Surah al-Baqarah: 279)

Firman Allah SWT lagi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ* وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ* وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan. Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir. Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberi rahmat." (Surah ali Imran, ayat 130-132)

  1. Makan harta anak yatim sebagaimana firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)". (Surah an-Nisa’ ayat 10)

  1. Penyaksian bohong. Ini kerana penyaksian seorang mukmin ialah sesuatu yang mulia. Maka mencemarkan kemuliaan ini dianggap sebagai satu dosa yang serius. Oleh yang demikian hendaklah setiap mukmin berhati-hati memberikan penyaksian terhadap apa jua perkara samada penyaksian berbentuk kata-kata atau tulisan. Rasulullah SAW bersabda :

لَنْ تَزُولَ قَدَمَا شَاهِدِ الزُّورِ حَتَّى يُوجِبَ اللَّهُ لَهُ النَّارَ

Yang bermaksud : "Tidak akan berganjak kaki penyaksi yang bohong kecuali Allah akan mewajibkannya masuk ke neraka" (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim dengan katanya, hadis ini sahih isnad)

  1. Rasuah, khususnya dalam penghakiman agar memihak kepadanya sekalipun ia berada di pihak yang salah. Nabi SAW bersabda :

الرَّاشِي والْمُرْتَشِي فِي النّار

Yang bermaksud : "Orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah, berada di dalam neraka." (Riwayat Tabrani dengan perawi-perawi yang thiqat) Nasiruddin al-Bani menyatakan hadis ini dhaif namun beliau mensahihkan satu hadis lain iaitu : Allah SWT melaknat pemberi dan penerima rasuah.

  1. Sumpah bohong khususnya yang mengkhianati hak orang lain. Nabi SAW bersabda :

مَنْ اقْتَطَعَ مَالَ امْرِئٍ مُسْلِمٍ بِيَمِينٍ كَاذِبَةٍ لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ

Yang bermaksud : "Sesiapa yang mengkhianati harta seseorang muslim dengan sumpah yang bohong, akan berjumpa dengan Allah SWT dalam keadaan Allah marah kepadanya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

  1. Menghakimi sesuatu tanpa maklumat yang jelas atau dengan sikap memihak. Rasulullah SAW bersabda :

الْقُضَاةُ ثَلاثَةٌ وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَاثْنَانِ فِي النَّارِ فَأَمَّا الَّذِي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ فَهُوَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ

Yang bermaksud : "Hakim itu ada tiga golongan. Satu golongan ke syurga dan dua golongan ke neraka. Adapun yang ke syurga ialah orang yang mengetahui kebenaran dan memutuskan dengannya. Kedua ialah yang mengetahui kebenaran tetapi melanggarnya maka ia ke neraka dan ketiga yang menghakimi dengan kejahilan, dia juga akan ke neraka." (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh al-Albani)

  1. Pemimpin yang menggunakan kuasa untuk menindas dan menipu rakyat berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Yang bermaksud : "Tidak ada mana-mana hamba yang diamahkan oleh Allah untuk menjaga rakyatnya lalu mati dalam keadaan ia membohongi rakyatnya kecuali Allah mengharamkannya untuk ke syurga." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah sebab-sebab yang boleh menjerumuskan seseorang ke neraka. Marilah kita sama-sama berdoa agar dijauhi daripada sifat-sifat yang disebutkan di atas.

Selasa, 20 Oktober 2009

Cinta Kerana Allah

Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang
terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia
yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar. Sabda
Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah Riwayat Ahmad Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan
komunikasi mereka. Untuk saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya
kita sering menganggap bahawa yang meluahkanrasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar. Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah
laku, hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan
yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan. Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada di hati,
kerana mereka lebih suka memendam rasa. Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh. Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis. Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika setiap pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan. Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya!

Sabtu, 17 Oktober 2009

APA ITU KAUNSELING . . ??

PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

  • Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
  • Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling iaitu:

  1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
  2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
  3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:

  • Memahami diri dan situasinya;
  • Mengenal pasti keperluannya;
  • Menerima realiti hidupnya;
  • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
  • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

PRINSIP KAUNSELING

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:

  1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
  2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
  3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
  4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
  5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
  6. Kaunselor memahami kliennya.
  7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
  8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.

Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:

  1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
  2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.
  3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
  4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

  1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan.
  2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
  3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.
  4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
  5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
  6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
  7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
  8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA

Membentuk Kejayaan Diri

  • Menganalisa mengenali diri sendiri
  • Menyediakan matlamat hidup
  • Mempunyai wawasan sendiri
  • Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
  • Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan berjaya dalam kerjaya

Mengenal diri sendiri

  • Anggapan kita mengenal diri sendiri
  • Diri kita dari kaca mata orang lain
  • Diri kita sebenar

Tiga jenis manusia

  • Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku
  • Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku
  • Mereka yang bertanya apa yang berlaku

Penilaian diri

  • Memahami diri sendiri – kekuatan/kelemahan
  • Motivasi – kemahuan, semangat membara, keyakinan
  • Disiplin diri – menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
  • Keimanan – Pedoman dan Pegangan hidup
  • Keyakinan – mempercayai kebolehan sendiri
  • Daya tarikan – personaliti dan imej diri
  • Perasaan – kebolehan mengawal perasaan
  • Sikap – Positif atau Negatif
  • Tenaga- tenaga yang berterusan
  • Semangat, kecergasan, kesungguhan
  • Berfikir kreatif – idea/strategi baru
  • Sasaran – sasaran dan standart diri sendiri
  • Matlamat – Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
  • Pengurusan masa – Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak penting segera.

Jenis-jenis matlamat

  • Matlamat jangka panjang
    Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai
  • Matlamat jangka pendek
    Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat jangka panjang

Matlamat : Pendekatan "Smarter"

S

M

A

R

T

E

R

-

-

-

-

-

-

-

Specific

Measuarable

Attainable

Reasonable

Time bound

Exciting

Rewarding

Spesifik

Boleh diukur

Boleh dicapai

Berpatutan

Jangkamasa

Seronok / mengembirakan

Ganjaran

Prinsip pembentukan matlamat

  • Matlamat mestilah matlamat anda sendiri
  • Matlamat mestilah positif
  • Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
  • Matlamat mestilah ditulis
  • Matlamat mestilah specifik

Mengapa tidak mempunyai matlamat

  • Boleh dijangkakan
  • Telah ditetapkan
  • Takut kehilangan / kekalahan
  • Takut kemenangan
  • Pengharapan yang terlalu tinggi

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

  1. Kuasai masa anda
    "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
  2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
    "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
  3. Hapuskan ketakutan.
    "Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
  4. Praktikan sikap positif
  5. Gambaran minda
    "Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
  6. Bina imej diri positif
  7. Capai sebarang peluang yang mendatang
    "Peluang hanya datang sekali"
  8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
  9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
    "Action speak louder than words"
    "1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Langkah 1

  • Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.
  • Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
  • Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.

Langkah 2

  • Fikirkan tindakan yang akan diambil
  • Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
  • Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda

Langkah 3

  • Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan
  • Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan

Langkah 4

  • Ikut setiap pilihan sampai tamat
  • Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
  • Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu.

Langkah 5

  • Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda

Langkah 6

  • Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut langkah 2.

Langkah 7

  • Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan yang jitu.

Hilangkan ketakutan

Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.

Fasa 1 Kenalpasti diri anda

Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda

Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik

Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan

Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

Fasa 2 Ketegasan diri anda

Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"

Langkah 2 : Bertanya

Bersikap positif

Apa itu SIKAP

  • Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi yang ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.
  • Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan diurus.

Bagaimana Sikap di Perlihatkan

Perkataan yang digunakan

-

"Boleh saya tolong……."
"Maaf,……"


Air muka


-


senyum

Budi bahasa


-


Bersopan santun
Kurang sopan


Nada bahasa


-


Lembut, marah


Pembawaan diri (Imej)


-


Kemas, bersih


Pakaian


-


Kotor, bersih


Cara berjalan


-


Bertenaga, tak bermaya


Posture


-


Tegap, Bongkok

Sikap dan perhubungan manusia

Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?

Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:

  • Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda
  • Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda
  • Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran
  • Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.

Kaedah mengubah sikap

  • Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu dilakukan.
  • Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
  • Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk bertindak?
  • Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung; menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
  • Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau kegagalan.

17. Sikap

Sikap orang yang berjaya

  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain

Sikap orang yang gagal

  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah
  • Tidak mahu menerima pendapat orang lain