CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 20 Januari 2010

50 Tanda-Tanda Orang Munafik.


1. Malas beribadah kepada Allah SWT .

2. Lupa kepada Allah SWT

3. Melalaikan solat fardu

4. Mempercepat mengerjakan solat

5. Gemar meninggalkan solat berjemaah

6. Meninggalkan solat Jumaat

7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi

9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan

10. Riak

11. Hasad dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji

14. Bakhil

15. Fitnah

16. Mencaci maki

17. Mengumpat

18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya

19. Mengingkari takdir Allah

20. Mempersenda kesucian agama

21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT

22. Menghina sahabat Rasullullah SAW

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar

24. Menangguh pembayaran hutang

25. Menipu dalam jual beli

26. Ghasab (Merampas hak orang lain)

27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran

28. Memakan harta anak yatim

29. Membuka rahsia orang lain

30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa

31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai

32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran Islam

33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang

34. Bermuka-muka

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya

36. Sombong diantara sesama manusia

37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah

38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup

40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah

42. Mengkhianati sesuatu amanah

43. Memutuskan silaturrahim

44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin

45. Menghalalkan perkara yang haram

46. Membuat kerosakan dimuka bumi

47. Menuduh orang beriman bodoh

48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah

49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT

50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.


P/s : Sebagai seorang Islam, kita hendaklah menjauhi perkara-perkara tersebut agar kita tidak tergolong didalam kalang golongan MUNAFIK.

Rabu, 13 Januari 2010

25 Pesanan Lukman Al-Hakim Kepada Anaknya :

1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Hai anakku; orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15.Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah sia-siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Bersangka Baik . .

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior memberi amanah tatkala kita tidak bersedia
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih bersedia

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior kesat sungguh kata-kata mereka
Rupa-rupanya melatih kita untuk lebih berani

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa sang senior rajin sungguh mengambil kita dan mengajak kita pergi ke program
Rupa-rupanya melatih kita ukhuwah yang berpanjangan

Dahulu kita seringkali bertanya mengapa begitu dan mengapa begini apabila sang senior bersifat pelik dihadapan kita
Rupa-rupanya semua itu ada hikmah yang baik disebaliknya

KINI kita seringkali bertanya mengapa sang junior 'itu' diberikan amanah sedangkan dia tidak layak.
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior tidak tahan dengan kata-kata lembut kita.
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kini kita seringkali bertanya mengapa sang junior sungguh manja dengan sang senior
Rupa-rupanya kita TERLUPA

Kita ingat kita tahu
tp DIA lagi mengetahui
Kita ingat kita sudah hebat
tp DIA lagi hebat
Kita ingat kita sedikit
Dan ingatlah sesungguhnya DIA tidak sedikitpun lupa untuk membantu

Bersangka baiklah atas apa jua yang berlaku
kerana DIA tidak menjadikan sesuatu melainkan ada hikmahnya
Maka belajarlah untuk percaya dan bersangka baik.

WaAllahua'lam

Ciri Wanita Solehah

Kita sering mendengar tentang kehebatan wanita-wanita Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat sehingga mendapat gelaran wanita solehah. Kita juga tahu bagaimana hebatnya pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Rasulullah s.a.w di peringkat awal kebangkitan Islam sehingga berjaya menegakkan kalimah Allah di bumi Mekkah.

Ya, hanya berbekalkan keimanan, keyakinan dan keikhlasan Saidatina Khadijah, dia mampu menjadi wanita mulia di sisi Rasulullah s.a.w. Namanya sentiasa menjadi sebutan baginda, walaupun selepas kewafatan Saidatina Khadijah.
Persoalannya, apakah gelaran demikian sudah tidak layak untuk wanita zaman sekarang? Atau wanita kini tidak mampu memiliki peribadi wanita solehah sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.?
Tanggapan itu memang tidak benar sama sekali kerana hakikatnya Islam sesuai untuk semua zaman. Bererti masa dan zaman bukanlah faktor utama untuk menentukan taraf seseorang wanita di sisi Allah seperti wanita pada zaman Rasulullah s.a.w.

Kalau diteliti secara ilmiah tidaklah sukar untuk seseorang wanita mendapat gelaran solehah. Hal ini kerana Islam tidak mengenakan banyak syarat untuk mendapat gelaran tersebut dan seterusnya memperolehi ganjaran pahala syurga yang penuh kenikmatan daripada Allah s.w.t. Perkara ini tidaklah sukar sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah orang, sebaliknya wanita hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu:

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Taat kepada suami.

Persoalannya bagaimana yang dikatakan mentaati Allah dan Rasul-Nya? Jawapannya tentu mudah, iaitu melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya secara menyeluruh.

Antaranya:

a) Menutup aurat apabila berada bersama dengan lelaki yang bukan mahramnya, tidak kira sama ada di dalam atau di luar rumah.Ini kerana menutup aurat itu wajib.
b) Mempamerkan imej diri sebagai wanita beriman. Ini bermakna wanita Islam tidak mudah terpengaruh dengan cara orang bukan Islam berhias.
c) Sentiasa memelihara hubungan baik dengan jiran-jirannya walaupun berlainan agama dan bangsa.
d) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
e) Sentiasa bersedekah sama ada dalam keadaan senang mahupun susah. Sering membantu kaum lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa.
f) Tidak bermusafir atau bersama lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
g) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi kerana ia boleh menimbulkan fitnah, bahkan perzinaan.

Taat kepada suami :

a) Menjaga harta suami dan menguruskannya dengan baik.
b) Sentiasa menyenangkan hati suami.
c) Keluar rumah dengan keizinan suami.
d) Sentiasa mentaati perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
e) Memelihara diri dan kehormatan semasa ketiadaan suami.
f) Menjaga kebersihan diri dan rumah tangga.
g) Menerima tetamu yang diizinkan oleh suami atau orang yang disukai oleh suami.


Itulah antara tanda dan ciri-ciri wanita solehah yang sewajarnya dimiliki oleh kaum wanita. Jadi, untuk memiliki semua itu, keyakinan dan kepercayaan kita akan kebesaran Allah mestilah disertai dengan ketaatan.

Malah kita juga wajib mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya melebihi daripada segala-galanya. Atas rasa kecintaan itulah maka Allah memberi kekuatan untuk kita mentaati perintah suami dan meninggalkan larangannya.

CINTA . .

Erti Disebalik Kesetiaan.

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…

Selasa, 12 Januari 2010

Erti Kasih Sayang . .

Apa ada dalam kotak?

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH – kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

AJK Romsis Saidina Ali KUIM 2008/2009

Ini ahli jawatankuasa kediaman kolejku . .

Jamuan Raya Aidilfitri 2009


Gambar atas di rumah Dr.Baharuddin


Rakan2 sekuliahku.
Gambaq nie time rumah terbuka Akademi Pengajian Islam (API) 2009.


Sekolah Terakhirku . .

Kejayaanku skg adalah bermula disekolah dibawah . . .


SMK Teluk Bahang

Sabtu, 2 Januari 2010

Lagu Buat Teman-Temanku

Sahabat
Album : Kiasan Naluri
Munsyid : Amar


I
ngin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenaglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat